Wednesday, July 24, 2013

Rancang persaraan di usia muda

Persaraan adalah masa apabila anda tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji, sebaliknya anda akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka setiap pengguna harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan mereka apabila bersara.



Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, pengguna harus mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa seseorang bekerja untuk 30 hingga 35 tahun, seseorang mesti memilih satu-satu pelan persaraan dan harus berkomited untuk mematuhi pelan tersebut sehingga bersara.

Anda dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur sehingga bersara untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang cukup semasa bersara. Dengan mula menyimpan semasa usia masih muda, anda akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.

Untuk merancang persaraan anda dengan jayanya, anda harus menetapkan matlamat persaraan anda. Tabungan persaraan anda adalah jumlah simpanan dan pelaburan yang anda kehendaki untuk menjamin gaya hidup persaraan yang anda ingin nikmati.

Dalam perancangan untuk persaraan, anda juga harus sedar akan beberapa ancaman Inflasi.


  • Jika pada 10 tahun lepas, harga roti canai adalah 40 sen dan sekarang harga adalah RM 1.00, maka dalam 10 tahun atau 20 tahun hadapan anda boleh jangka harga semua barangan akan jauh lebih mahal daripada sekarang. 
  • Inflasi 15% setiap tahun bagi perbelanjaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. Semakin tua semakin banyak penyakit akan dihadapi dan masalah kesihatan ini boleh menghabiskan kewangan kita.

Oleh itu kita perlu merancang dan bersedia untuk menghadapi persaraan mulai daripada sekarang. Dapatkan PELAN PERSARAAN TAKAFUL untuk diri anda dan keluarga

Tuesday, July 16, 2013

Smart Medic Kini SM200



Medical Card (Kad Perubatan ) Smart Medic 200
Menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. Smart Medic 200 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya. Ketahuinya di SINI

Sudah bersediakah anda?



Mengerjakan Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang KELIMA. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).” (Surah Ali Imran, Ayat 97).

Sehingga ke hari ini berjuta-juta umat Islam terus menjawab panggilan ALLAH swt untuk mengerjakan Haji. Mungkin tahun ini, anda adalah salah satu di antara mereka yang menjawab panggilan Haji. Untuk menunaikannya, anda perlu mempersiapkan diri secara mental, spiritual dan paling utama dari segi KEWANGAN.

Kini perjalanan anda ke arah mengerjakan haji dan juga melindungi orang-orang yang dikasihi akan diuruskan dengan MAA Takafulink Hajj!
http://takaful4ulife.blogspot.com/p/maa-takaful-hajj.html

Tuesday, April 23, 2013

Polisi Pendidikan Anak Anda.


Polisi pendidikan anak ialah produk insurans hayat yang direka khusus sebagai satu cara MENABUNG untuk menyediakan sejumlah wang apabila anak anda mencapai umur untuk memasuki institusi pengajian tinggi ( 18 tahun ke atas ). Dana ini boleh digunakan untuk membiayai sebahagian daripada perbelanjaan pendidikan tinggi anak anda. Selain itu , sekiranya anda mengambil perlindungan tambahan, iaitu MANFAAT PEMBAYAR, polisi pendidikan memberi JAMINAN bahawa sekiranya ibubapa meninggal dunia, anak anda akan mempunyai akses kepada dana untuk membiayai perbelanjaan pendidikannya. Dibawah polisi pendidikan, ibu bapa atau penjaga yang sah merupakan empunya polisi dan anak adalah hayat yang diinsurankan. Mengapa dan apa perlu anda tahu mengenai perancangan untuk pendidikan anak?

    Kos pendidikan semakin meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk inflasi. Ini akan mengakibatkan ibu bapa menanggung beban kewangan apabila anak mereka memulakan pendidikan tinggi. Maka lebih awal kita membeli polisi insurans, lebih banyak masa untuk wang anda bertambah dan menjadi berlipat ganda supaya dapat membiayai pendidikan tinggi anak anda dengan lebih baik.
    Berapa banyak perlindungan tayang kita perlukan?

    Menetapkan matlamat pendidikan anak. Antara faktor yang mungkin perlu dipertimbangkan adalah tempat belajar, Tahap kelayakan, universiti yang dipilih, bidang pengajian dan jangka masa pengajian.
    Sebagai panduan, kita boleh mencampurkan yuran tahunan kursus dengan jangkaan perbelanjaan sara hidup dan mendarabkan amaun tersebut dengan bilangan tahun pengajian. Ini akan memberi gambaran jumlah kos yang ditanggung hari ini.
    Dengan mengambil kira inflasi, jumlah kos yang diperlukan mungkin di luar kemampuan kita, namun sekiranya kita menyimpan wang secara bijak melalui simpanan atau pelaburan, pulangan yang terkumpul dalam jangka masa beberapa tahun dapat membantu kita membiayai kos pendidikan tersebut.

    Jenis polisi pendidikan anak

Terdapat dua jenis polisi pendidikan anak yang utama iaitu:

    Polisi endowmen
    Polisi berkaitan pelaburan

    Polisi endowmen :

    Menggabungkan komponen simpanan dan perlindungan.
    Berbentuk :

a) sertaan - jumlah yang diinsuranskan masih dijamin sepenuhnya manakala jumlah pulangan pelaburan yang diperoleh pada masa matang tidak dijamin kerana tertakluk kepada prestasi kumpulan wang insurans hayat sertaan syarikat insurans.


b) Tanpa sertaan - tidak berkongsi keuntungan kumpulan wang insurans hayat tetapi jumlah yang diinsuranskan dijamin sepenuhnya.

    Polisi berkaitan pelaburan

Menggabungkan unsur pelaburan dan perlindungan berdasarkan keperluan anda selaku empunya polisi. Anda boleh menambah caruman bulanan atau simpanan apabila pendapatan meningkat . Anda juga boleh memilih jenis dana yang anda ingin laburkan. Walaubagaimanapun ia melihatkan risiko yang lebih tinggi dan tidak ada jaminan pulangan pelaburan .


PERKARA - PERKARA YANG PERLU DIKETAHUI KETIKA MEMILIH POLISI PENDIDIKAN ANAK

1. Pastikan anda memilih perlindungan tambahan iaitu manfaat pembayar

    Pilih polisi yang mengecualikan bayaran premium sekiranya ibu bapa meninggal dunia atau disahkan berpenyakit kritikal atau hilang upaya menyeluruh dan kekal.

2. Pastikan anda mampu membayar premium.

    Menabung melalui insurans mendisplinkan seseorang untuk terus memperuntukkan jumlah wang secara tetap setiap tahun sehingga polisi matang. Oleh itu sila pastikan jumlah premium berdasarkan pendapatan dan perbelanjaan semasa anda. Mulakan dengan amaun kecil.

3. Jangan tambah perlindungan yang tidak perlu

    Jangan tambah manfaat seperti insurans perubatan hospital , pembedahan atau perlindungan penyakit kritikal kerana akan mengurangkan amaun simpanan. Harus diingatkan bahawa kita menginspirasikan hayat anak, oleh itu perlindungan tambahan seperti penyakit kritikal mungkin tidak perlu kerana kemungkinan menghidap penyakit kritikal dalam kalangan kanak kanak adalah kecil.

Add caption