MAA Takaful Hajj


 Klik imej untuk muat turun broshur
PENGENALAN

Rukun Islam yang kelima mewajibkan umat Islam yang untuk menunaikan haji di Mekah. Namun begitu, sudahkah kita bersedia dengan simpanan wang untuk digunakan bagi tujuan perbelanjaan kita ke sana? Dengan MAA Takafulink Simpanan Haji, semua umat Islam akan berpeluang membuat simpanan di samping mendapat perlindungan risiko kematian dan juga penyakit kritikal. MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan khairat kematian dan juga perbelanjaan untuk badal haji jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji.


DANA SYARIAH MAA TAKAFULINK

Setiap simpanan akan dilaburkan di dalam dana-dana syariah terpilih MAA Takafulink. Pulangan hasil dari pelaburan akan dimasukkan ke akaun penyimpan bagi mengoptimumkan simpanan. Prestasi dana-dana syariah MAA Takafulink adalah amat kompetitif dan mampu menyaingi prestasi pelaburan ASB dan dana-dana saham amanah yang lain.

PENGECUALIAN CARUMAN


Jika seseorang penyimpan telah disahkan oleh pengamal perubatan bertauliah menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal, simpanan bulanan penyimpan akan diambil alih oleh syarikat MAA Takaful dan simpanan akan diteruskan tanpa gagal sehingga penyimpan meninggal dunia atau berumur 80 tahun, yang mana lebih dahulu. Ini bermakna, penyimpan akan menikmati simpanan bulanan secara percuma jika telah disahkan menghidap salah satu dari 36 penyakit kritikal.

HIBAH UNTUK WARIS JIKA BERLAKU KEMATIAN

Jika berlaku kematian terhadap penyimpan sama ada sebelum atau sesudah mengerjakan fardhu haji, sejumlah wang bantuan sara hidup akan dihibahkan kepada waris yang telah dipilih oleh penyimpan sebelum kematiannya. Hibah tidak tertakluk kepada pembahagian faraid dan waris yang layak akan menerima jumlah sepenuhnya wang yang telah diperuntukkan untuknya tanpa perlu dibahagi-bahagikan.

TABUNG HILANG UPAYA KEKAL


MAA Takafulink Simpanan Haji juga menyediakan tabung kecemasan jika penyimpan mengalami hilang upaya kekal. Wang dari dari tabung kecemasan ini boleh digunakan penyimpan untuk menampung kos sara hidup seharian apabila penyimpan tidak lagi berupaya untuk meneruskan kehidupan secara biasa.

TABUNG PERLINDUNGAN 36 PENYAKIT KRITIKAL


Jika peserta didapati menghidap salah satu daripada 36 penyakit kritikal, sejumlah manfaat kewangan akan diserahkan kepada peserta bagi tujuan perbelanjaan perubatan dan perbelanjaan berkaitan.

ELAUN HARIAN HOSPITAL

Jika penyimpan dimasukkan ke mana-mana hospital kerajaan atau swasta, penyimpan akan menerima elaun harian bersaman jumlah hari kemasukan hospital.

ELAUN PEMBEDAHAN

Penyimpan akan menerima elaun pembedahan jika berlaku pembedahan terhadap penyimpan.

KHAIRAT KEMATIAN


Jika penyimpan meninggal dunia sama ada sebelum, sedang atau selepas menunaikan haji, sejumlah RM2000.00 akan diserahkan dalam tempoh 24 jam kepada waris bagi tujuan pengkebumian atau belanja membawa balik jenazah dari tanah suci Mekah.

UPAH BADAL HAJI

Jika penyimpan meninggal dunia sebelum sempat mengerjakan fardhu haji, sejumlah RM5000.00 akan diserahkan kepada waris bagi tujuan mengadakan upah badal haji untuk penyimpan yang telah meninggal dunia.

KOMITMEN JANGKA PANJANG

Pelan simpanan MAA Takafulink Simpanan Haji ini adalah komitmen jangka panjang. Pulangan simpanan akan dapat dinikmati secara maksimum jika menyimpan secara konsisten untuk satu tempoh yang panjang.

MANFAAT BERGANDA

Walaupun penyimpan atau waris telah menerima wang hasil dari tabung khairat kematian atau hilang upaya kekal, wang simpanan masih lagi akan dibahagikan kepada waris/penyimpan. Ini bermakna penyimpan akan mendapat manfaat berganda hasil dari satu pelan simpanan sahaja.

CONTOH PENGIRAAN DENGAN SIMPANAN SEBANYAK RM150 SEBULAN/RM1800 SETAHUN


*Keuntungan tahunan 12% berdasarkan prestasi dana Balanced Fund MAA Takaful 2009

2 comments: