Wednesday, July 24, 2013

Rancang persaraan di usia muda

Persaraan adalah masa apabila anda tidak lagi memperoleh pendapatan daripada gaji, sebaliknya anda akan bergantung kepada simpanan dalam KWSP, pelan persaraan yang yang lain, pendapatan pelaburan atau pendapatan daripada pekerjaan sambilan. Memandangkan wang KWSP sahaja tidak mencukupi untuk menampung keperluan semasa bersara, maka setiap pengguna harus memikirkan secara terperinci tentang perancangan mereka apabila bersara.



Untuk mencapai kejayaan kewangan dalam persaraan, pengguna harus mempunyai tabungan dan pelaburan yang cukup untuk menambah simpanan dalam KWSP. Untuk menjayakan ini, dalam masa seseorang bekerja untuk 30 hingga 35 tahun, seseorang mesti memilih satu-satu pelan persaraan dan harus berkomited untuk mematuhi pelan tersebut sehingga bersara.

Anda dinasihatkan supaya memulakan persediaan persaraan daripada mula bekerja dan terus melabur sehingga bersara untuk memastikan anda mempunyai pendapatan yang cukup semasa bersara. Dengan mula menyimpan semasa usia masih muda, anda akan menikmati manfaat simpanan wang yang lebih tinggi.

Untuk merancang persaraan anda dengan jayanya, anda harus menetapkan matlamat persaraan anda. Tabungan persaraan anda adalah jumlah simpanan dan pelaburan yang anda kehendaki untuk menjamin gaya hidup persaraan yang anda ingin nikmati.

Dalam perancangan untuk persaraan, anda juga harus sedar akan beberapa ancaman Inflasi.


  • Jika pada 10 tahun lepas, harga roti canai adalah 40 sen dan sekarang harga adalah RM 1.00, maka dalam 10 tahun atau 20 tahun hadapan anda boleh jangka harga semua barangan akan jauh lebih mahal daripada sekarang. 
  • Inflasi 15% setiap tahun bagi perbelanjaan kesihatan dan penjagaan jangka panjang. Semakin tua semakin banyak penyakit akan dihadapi dan masalah kesihatan ini boleh menghabiskan kewangan kita.

Oleh itu kita perlu merancang dan bersedia untuk menghadapi persaraan mulai daripada sekarang. Dapatkan PELAN PERSARAAN TAKAFUL untuk diri anda dan keluarga

Tuesday, July 16, 2013

Smart Medic Kini SM200



Medical Card (Kad Perubatan ) Smart Medic 200
Menawarkan anda kemasukan hospital yang dijamin dan menguruskan segala bil-bil perubatan sejurus selepas anda keluar dari panel hospital kami. Smart Medic 200 memberikan anda dan keluarga anda satu ketenangan dengan perlindungan yang komprehensif dan berkualiti terutama sekali bila anda memerlukannya. Ketahuinya di SINI

Sudah bersediakah anda?



Mengerjakan Haji merupakan salah satu daripada Rukun Islam yang KELIMA. Setiap orang Islam yang mempunyai kemampuan, diwajibkan mengerjakan haji sekali seumur hidup. “Menjadi suatu kewajipan ke atas setiap manusia (orang-orang mukmin) pergi mengerjakan haji ke Baitullah, iaitu bagi mereka yang mempunyai kemampuan. Barangsiapa yang kufur (ingkar), maka ketahuilah bahawa sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu pun) daripada pihak lain (alam).” (Surah Ali Imran, Ayat 97).

Sehingga ke hari ini berjuta-juta umat Islam terus menjawab panggilan ALLAH swt untuk mengerjakan Haji. Mungkin tahun ini, anda adalah salah satu di antara mereka yang menjawab panggilan Haji. Untuk menunaikannya, anda perlu mempersiapkan diri secara mental, spiritual dan paling utama dari segi KEWANGAN.

Kini perjalanan anda ke arah mengerjakan haji dan juga melindungi orang-orang yang dikasihi akan diuruskan dengan MAA Takafulink Hajj!
http://takaful4ulife.blogspot.com/p/maa-takaful-hajj.html