Takaful adalah suatu bentuk perlindungan bagi membantu diri sendiri, keluarga dan orang yang tersayang. Adakah kita telah bersedia menghadapi musibah seperti hilang upaya kekal, sakit berpanjangan ataupun kematian??? Setujukah anda kiranya perlindungan takaful dapat mengurangkan beban keluarga anda.
Oleh kerana keperluan setiap keluarga mahupun individu adalah berlainan. Maka aspek perlindungan Takaful yang diperlukan turut berbeza. Secara amnya ambilah perlindungan takaful mengikut keperluan anda dan keluarga. Ingin saya sarankan mengambil Takaful yang memberikan perlindungan sebanyak setahun gaji. Kiranya anda berpendapatan 2k sebulan. Perlindungan Takaful minimum yang diperlukan ialah (2k x 12) = 24k. Cadangan ini saya ketengahkan apabila merujuk SURAH AL-BAQARAH ayat 240.
Kita mampu merancang, Allah juga yang menentukan. Sebenarnya dalam perancangan Takaful terdapat pelbagai aspek yang perlu diperjelaskan lagi. Hutang piutang, harta pusaka, wasiat dan lain-lain. Pendekatan diatas diambil sebagai satu unjuran secara mudah bagi mengenalpasti perlidungan Takaful yang diperlukan.
Kredit untuk: http://www.takafulmalaysia.net
No comments:
Post a Comment